Sunday, 1 March 2020

3.0 : TEKNOLOGI / INDUSTRI

BINATANG TERNAKAN     




Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan . antaranya permintaan dan mempunyai pasaran yang tinggi.Hasil ternakan menjadi permintaan yang tinggi di seluruh dunia kerana banyak sumber makanan iaitu daging dijadikan sebagai makanan yang umum contohnya , steak daging , daging burger.selain itu , hasil ternakan ini juga dikenakan ini juga dikenakan harga yang tinggi apabila terlibat dalam jual beli.hal ini telah mendorong untuk menternak haiwan ternakan agar dapat mengaut keuntungan daripadanya.

Di samping itu,kegiatan penternakan juga di pengaruhi oleh bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat tersebut.tempat yang strategik mendorong untuk menjalankan kegiatan penternakan kerana sesusai untuk habitat haiwan ternakan tersebut untuk hidup dan boleh membesar serta dapat mengaut hasil daripadanya.contohnya,lembu tenusu yang berasal dari new zealand yang beriklim sejuk dapat menghasilkan susu yang banyak kerana sesuai dengan habitatnya.

Seterusnyaa , perkembangan teknologi dan penyelidikan yang moden dijalankan para sainstis merupakan faktor berlakunya kegiatan penternakan.pencampuran baka untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan bnyak serta sihat oleh para saintis dijalankan oleh penternak untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak.alat-alat yang memproses bahan ternakan juga banyak diperkenalkan supaya senang memproses bahan memtah dan menghasilkan hasil yang banyak dan senang untuk dijual di pasaran.kemudahan asas dan insrastruktur yang maju zaman sekarang dimana banyak pembinaan kilang-kilang yang memproses bahan mentah dari hasil ternakan dapat menarik minat pelabur-pelabur dan para penternak untuk melakukan kegiatan penternakan.


No comments:

Post a Comment