KAEDAH FIQH
Perkataan kaedah berasal daripada Bahasa arab ‘al-qaidah’, yang bermaksud prinsip-prinsip. Manakala perkataan ‘fiqhiyyah’ berasal daripada ‘al-fiqh’ yang bererti ‘al-fahmu’ iaitu kefahaman. (Md. Saleh Ahmad,1998)
Dari sudut penegertian istilah pula, kaedah fiqh bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek dan mengandungi hukum -hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. (Muhammad al-Ruki, 1998).
Kaedah :Dari Segi Bahasa – Tapak, asas rumah dan prinsip.
Fiqh :Bahasa – Suatu kefahaman
Kaedah fiqh : Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.
Peranan kaedah fiqh dalam bidang kejuruteraan sains,teknologi dan kejuruteraan
1. Memudahkan pemahaman terhadap hukum iaitu kaedah fiqh telah menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan
2. Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
3. Membantu menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan..Peranannya adalah kaedah fiqh membantu dalam mengenalpasti isu berkaitan penyelidikan untuk diselsaikan agar mendapat rahmat dan berkat dari ilahi
Konsep asas kaedah fiqh yang bertepatan dengan bidang sains teknologi kejuruteraan ( Penternakan )
Setiap Perkara Bergantung Pada Tujuannya
Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan,maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al-Khattab RA yang bermaksud :
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".
Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara.Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,berpahala atau berdosa,bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadah seseorang sama ada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh,mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal,mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah SWT.
Contohnya,dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan ( Penternakan ),niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadah dan membuktikan sesuatu pekerjaan dijalankan secara bertanggungjawab dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.Ianya mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
1) Pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah badan yang berkuasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah di sesebuah tempat. Sebagai tanggungjawab mereka untuk mengkaji dan mencari solusi bagi menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Oleh sebab itu, di atas dasar maslahah dan kuasa yang diberikan, maka pihak berkuasa tempatan (PBT) dibolehkan bagi menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran, menyaman atau mendenda pemilik haiwan yang membiarkan haiwan ternakannya berkeliaran. Hal ini adalah dibenarkan oleh syarak di atas dasar maslahah kepada rakyat secara umumnya dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan satu kaedah fiqh yang masyhur.
A) Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama kerajaan negeri boleh menyediakan sebuah ladang rumput bagi ternakan yang berkeliaran. Dengan adanya ladang tersebut, pihak kerajaan negeri boleh membuka dan menyediakan banyak peluang pekerjaan terhadap golongan yang mengangur dalam menyelia dan menjaga ladang tersebut. Pihak kerajaan negeri juga boleh mengamalkan sistem pawah terhadap ternakan yang dilepaskan di ladang tersebut.
B) Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menangkap seterusnya berunding dengan pemilik haiwan untuk menyegerakan proses sembelihan terhadap binatang tersebut sekiranya pemilik tidak lagi mahu menjaga ternakan tersebut. Dalam keadaan ini juga akan membuka peluang pekerjaan dalam bidang sembelihan dan membanyakkan lagi penjualan daging segar halal di pasaran.
C) Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menangkap dan mengenakan kompoun terhadap pemilik ternakan yang berkeliaran. Notis atau pemberitahuan awal sebaiknya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tangkapan terhadap haiwan-haiwan tersebut dilakukan. Ini bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara pemilik haiwan dan penguasa.
2) Pengusaha ternakan sistem pawah atau inkubator menawarkan pakej berlainan, iaitu pengusaha bersama-sama dengan pemilik haiwan menanggung risiko kematian haiwan ternakan dengan membayar kembali nilai harga haiwan ternakan yang mati.
A) Pemeliharaan secara terus menerus. Dalam sistem ini, pengusaha akan membiakan
haiwan ternakan secara terus menerus, kemudan menjual hasil ternakan jantan dan
membeli haiwan ternakan betina sebagai ganti.
B) Pembahagian anak secara sama rata. Melalui sistem ini pemilik mula mendapat
hasil seawal anak kambing pertama dilahirkan kerana pemilikan adalah secara
bersama
C) Pembahagian segara giliran. Pembahagian segara giliran pula bermaksud
pengusaha akan mendapat anak pertama dan peserta akan mendapat anak kedua
atau sebaliknya dalam kumpulan kambing yang peserta miliki berdasarkan
persetujuan. Pengusaha tidak menjual kambing betina tapi menjual kambing jantan
sebagai pedaging selepas beberapa bulan dan menggantikannya dengan kambing
betina untuk pembiakan seterusnya.
. BIDANG FIQH SEMASA
Tahap keperluan masyarakat Islam terhadap ijtihad-ijtihad baharu dalam setiap bidang kehidupan mereka adalah sangat kritikal. Namun realitinya masyarakat Islam zaman ini banyak bergantung kepada fiqh zaman silam yang mudah diperoleh dari karya-karya fuqaha klasik yang tercetak dan tersedia untuk ditelaah di perpustakaan mereka. Bagaimanapun ini tidak dapat menyelesaikan isu-isu semasa yang mereka hadapi. Permasalahan yang melibatkan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi kini yang melibatkan perubahan dalam gaya hidup memerlukan ijtihad baharu oleh para sarjana hukum kontemporari.
No comments:
Post a Comment