PENTERNAKAN
Banyak kesan-kesan yang dihasilkan oleh aktiviti penternakan dalam isu ini.Antaranya,sumber makanan akan menjadi kuantiti yang banyak dan cukup untuk manusia meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.Ibadah-ibadah ini juga dapat dilakukan dengan mudah kerana adanya sumber ternakan tersebut.Antara contohnya ialah ibadah korban dan penyembelihan.Tambahan pula,isu penternakan juga dapat menyumbang kepada isu dalam sumber ubatan.Contoh isu perubatan ialah penghasilan madu lebah yang boleh dijadikan penawar untuk setiap penyakit yang dihadapi oleh pesakit.Selain itu,kegiatan penternakan juga dapat membantu dalam meningkatkan peluang pekerjaan yang boleh diambil oleh masyarakat serta boleh dijadikan sebagai satu karier bagi menampung kehidupan seseorang individu.
Selain itu, dari segi ekonomi pula kegiatan ternakan ini juga dapat memajukkan serta meningkatkan sumber ekonomi dalam sesebuah negara.contoh yang boleh dilihat ada dengan berlakunya kegiatan eksport haiwan ternakan kepada negara lain import haiwan ternakan dari seluruh dunia.Hal ini juga dapat mengukuhkan lagi ikatan dalam hubungan antara negara-negara yang menjalankan aktiviti ini.Isu yang yang berkaitan dengan penternakkan ini juga akan menyebabkan kadar perlancongan meningkat kerana orang luar sering datang untuk melihat dan menonton aktiviti penternakan itu sendiri. Hal ini dapat menyumbangkan dan meningkatkan sumber ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment