MEMELIHARA AGAMA
Peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara nilai kesucian agama serta pelaksanaannya.Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.Contohnya, menyembelih binatang ternakan atau korban tidak mengikut syariat islam serta hukum yang dituntut dalam islam.Pensyariatan ini adalah untuk memelihara umat islam supaya tidak memakan makanan yang kotor dan tidak baik sekaligus mencerminkan kesucian agama islam.Syariat islam menetapkan sebarang penyembelihan binatang ternakan atau korban untuk tidak menyakiti binatang tersebut atau menyiksanya.Hal ini kita perlu menggunakan alat-alat yang sesuai pisau yang tajam untuk menyembelih dengan cepat dan tidak menyiksa binatang.Penciptaan alatan-alatan moden seperti mesin penyembelihan binatang sekarang untuk penyembelihan binatang adalah lebih sesuai digunakan berbanding cara manual kerana cara moden ini tidak terlalu menyiksa binatang untuk menumbangkannya atau mengikatnya untuk disembelih.Hal ini Allah akan meredhai dan memberkati setiap ibadah korban atau aqiqah yang kita lakukan.
MEMELIHARA NYAWA
Nyawa merupakan ciptaan unik kepada makhluk hidup yang menjadi keutamaan untuk dipelihara.Pensyariatan hukum dalam islam mengambil kira keselamatan makhluk hidup dengan menggunakan cara-cara yang sesuai untuk menternak binatang.Nyawa tidak boleh sewenang-wenangnya dihilangkan kecuali atas sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.Contohnya, menyembelih untuk dijadikan daging korban atau membuat kenduri aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah dituntut sama sekali.Namun, Islam mengharuskan semua perkara yang boleh memberi kesejahteraan dan menyelamatkan nyawa, sekaligus mengharamkan semua perkara yang boleh memudaratkan dan merosakkan nyawa makhluk.Contonya, penciptaan ubat-ubatan untuk lebih menyihatkan binatang ternakan dan mengelakkan binatang ternakan dari dijangkiti penyakit.Walaupun bahan-bahan yang digunakan tidak daripada sumber yang haram tapi ia akan jatuh kepada haram jika penggunaanya memudaratkan binatang tersebut.
ETIKA ISLAM DALAM PENTERNAKAN
1. Bersifat Ihsan Kepada Binatang
Manusia perlu bersifat ihsan kepada binatang kerana ia dituntut dalam agama Islam. Ini kerana agama Islam sangat menjaga kepentingan makhluk hidup yang lain termasuk tumbuhan, binatang dan bukan hanya manusia. Selain itu, manusia tidak boleh sewenang-wenangnya memberi apa-apa ubat atau suntikan kepada binatang ternakan untuk kepentingan sendiri kerana kemungkinan besar ia akan memberi kesan sampingan kepada binatang ternakan tersebut. Seterusnya, kesan sampingan tersebut mungkin boleh menyiksa binatang tersebut atau mungkin sahaja sampai tahap membunuh, contoh ubatan atau suntikan yang diberikan adalah tidak bersuaian ini kerana manusia ingin binatang ternakan mereka cepat membesar atau untuk proses pembakaan.
2. Kepatuhan kepada etika
Manusia perlulah patuh pada etika untuk menjaga kepentingan atau hak terhadap binatang. Ini kerana agama islam telah meletakkan atau menggariskan etika dalam penjagaan binatang ternakan. Jadi semua pihak harus memandang serius perkara tersebut serta mengikuti segala etika yang ditetapkan oleh Islam. Seterusnya, semua pihak mestilah mengelak dari melanggar etika yang ditetapkan oleh Islam untuk mendapatkan keberkatan dari Allah.
No comments:
Post a Comment