Monday, 9 March 2020

5.0 PRINSIP

PRINSIP SYARIAH

Prinsip Penternakan Dan Perkapalan

1)RABBANIYAH (KETUHAHAN)

-Syariat Islam dicipta dan disusun oleh Allah SWT
-Segala kandungannya yang meliputi pelbagai aspek adalah selari dan sesuai dengan keperluan manusia
-Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamanya boleh deterokai dengan mematuhi peraturan seperti contoh manusia bebas menternak haiwan ternakan untuk tujuan perniagaan dan penternakan dengan mengikuti syariat.
-Seleruh ciptaan alam adalah milik Allah maka kita sebagai Khalifah tertakluk kepada peraturan alam miliknya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi  keagungannya.
-Teknologi yang berteraskan ketuhanan,mengarahkan penggunanya digunakan dan digunakan pada jakan yang benar serta tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil dalil Al Quran juga hadis.contohnya kisah Nabi Musa AS yang menyampaikan dakwah kepada kaumnya selama 950tahun tetapi ditolak oleh umatnya oleh itu Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menghadapi banjir besar.
-Teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada allah.sebagai contoh penciptaan kapal yang bertujuan sebagai pengangkutan air untuk melihat kebesaran Allah
-Para saintis,jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamat kemakmuran serwajagat.

2)MUTLAK & MURUNAH

-Tetap dan anjal menurut syariat boleh dilihat dalam aspek hukum hukum yang tetap utuk semua zaman dan umat
-Kemutlakkan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.


3)WASATIYAH ( KESEDERHANAAN)

-Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan contohnya projek pembangunan perlu mengambil kira keadaan ekosistem agar tidak memudaratkan alam dan manusia. Seperti dalam bidang penternakan kita perlu mengambil berat tentang ilmu penternakan agar kita dapat memastikan segalanya dalam keadaan yang tidak membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia sebagai contoh dalam pengurusan bahan buangan binatang ternakan ataupun najis binatang ternakan dan sisa makanan binatang ternakan perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjaga persekitaran dan tidak menggangu orang sekeliling



No comments:

Post a Comment