Friday, 28 February 2020

2.0 : Dalil AlQuran


CONTOH DALIL ALQURAN :


وَلَكُم فيها مَنٰفِعُ وَلِتَبلُغوا عَلَيها حاجَةً في صُدورِكُم وَعَلَيها وَعَلَى الفُلكِ تُحمَلون

Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternakan itu dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada di dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu dan di atas binatang itu ternak serta di atas kapal-kapal maku dingkut.
( Surah Al-Ghafir ayat 80 )




HURAIAN DALIL :




Seperti boleh diambil bulunya dibuat baju,kulit untuk menjadikan ianya kasut , susu untuk diminum sebagai penghilang dahaga , sebagai ubat dan macam-macam lagi kegunanaaya.

Dengan binatang ternak itu,boleh menyelesaikan hajat dan keperluan kita.seperti pergi mengembara . Bukan sahaja dalam keperluan hidup kita yabg biasa,tapi jangan dilupa ianya juga untuk mencapai hajat kita dalam agama. Ia kerana dengan kenderaan itulah yang dapat memperjalankan kita ke tempat-tempat lain seperti contoh untuk berdakwah tentang agama islam. Selain itu juga ia juga diguna pakai dalam berjihad dan membantu orang lain.

Manusia diangkut untuk mempermudahkan perjalanan di atas binatang ternakan itu, dan kemudian allah menyebut pula tentang kenderaan laut. Kenderaan lut ada cara pengangkutan yang sampai sekarang diguna pakai dengan banyak sekali.kerana walaupun kita sudah ada kapal terbang untuk perjalanan antara negara ke satu negara tapi kapal laut masih diguna pakai dengan cara yang lagi murah dan selamat.


Terdapat beberapa contoh ayat yang menyentuh tentang kebolehan kapal terapung dan berlayar :

" sesunguhnya pada kejadian langit dan bumi pada pertukaran siang dan malam dan pada kapal-kapal yang berlayar di lautan dengan membawa benda-benda bermanfaat kepada manusia " ( surah albaqarah 2:164 ) "


" ..... dia yang memberi kemudahan kepada kaum menggunakan kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintahNya..... ( surah ibrahim 14:32 ) "





No comments:

Post a Comment