Monday, 9 March 2020

8.0 CADANGAN DAN IDEA BARU

Cadangan dalam isu perusahaan penternakan ialah haruslah mengeksportkan hasil ternakan secara terhad.Hal ini bagi mendapatkan cukai pengesport barang ke negara luar.Selain itu,cadangan yang dapat dikemukakan dalam isu ini juga,haruslah memperluaskan kawasan ternakan bagi memudahkan haiwan ternakan bergerak dan aktiviti menternak berlaku dengan sistematik dan teratur.Pemprosesan susu yang dijalankan untuk haiwan ternakan seperti lembu,kambing dan sebagainya haruslah dijaga dengan baik dan kawasan haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang efektif dan lebih efisyen.Seterusnya,cadangan dalam hal jadual pemakanan juga perlulah berada dalam keadaan yang sistematik kepada haiwan ternakan.Jadual ini haruslah diambil sebagai peranan yang penting supaya haiwan ternakan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.Pada masa kini,ada juga isu yang berkaitan dengan haiwan yang tidak boleh diternak iaitu khinzir.Hal ini,kedudukan kawasan/ladang ternakan khinzir yang berselerak tidak membolehkan pengawalan dan penyelarasan yang efisyen dibuat serta menimbulkan masalah penguatkuasaan dalam mengurangkan masalah pencemaran dari ternakan khinzir.Pada awal 1990 an ternakan khinzir merupakan hanya sebahagian daripada sistem pertanian bercampur (mixed farming practice) bagi sesebuah ladang khinzir. Bahan-bahan pencemaran dari ternakan khinzir ini kebiasaanya digunakan sebagai baja untuk kebun sayur dan kolam ikan yang ada di ladang. Walau bagaimanapun dengan peredaran masa, pemeliharaan khinzir ini telah diberi lebih keutamaan di mana bilangan khinzir di ladang telah meningkat dan mengakibatkan berlakunya pencemaran yang serius.Oleh itu hal ini la yang islam mengharamkan penternak dari menternak binatang seperti khinzir.





Idea Baru Dalam Penternakan 

Pemakanan
Menyediakan khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang pemakanan ternakan yang bersesuaian. Selain itu, kita juga boleh menyelaras program-program pembangunan dan aplikasi teknologi dalam pengeluaran bahan makanan ternakan. Menilai pelbagai sumber yang sesuai dan berpotensi sebagai bahan makanan ternakan.



Teknologi Pembangunan Sumber Ginetik 
Menguruskan pembangunan ladang-ladang jabatan sebagai model ladang komersil berimpak tinggi. Menyelaras pengeluaran baka ternakan bernilai biak tinggi. Oleh itu kita dapat menilai dan menambahbaik pelbagai teknologi dan sistem pengeluaran ternakan. Kita juga boleh memberikan khidmat kepakaran teknikal,bimbingan dan latihan dalam aspek pengeluran dan pengurusan ternakan.menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang kaji selidik gunaan.





Teknologi Pembiakan Dan Pembiakbakaan
Menyelaras pelaksanaan program peningkatan genetik dan fertiliti ternakan dan menyelaras pelaksanaan program pemulihan dan pengunaan sumber genetik haiwan. Selain itu menyediakan kepakaran ,melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakkan. Oleh itu membimbing pengusaha ternakan dalam aspek pengurusan pembiakkan dan pembakaan serta menilai kesesuian pelbagai jenis bakanuntuk industri ternakan.



7.0 KAEDAH FIQH

 KAEDAH FIQH


Perkataan kaedah berasal daripada Bahasa arab ‘al-qaidah’, yang bermaksud prinsip-prinsip. Manakala perkataan ‘fiqhiyyah’ berasal daripada ‘al-fiqh’ yang bererti ‘al-fahmu’ iaitu kefahaman. (Md. Saleh Ahmad,1998)
Dari sudut penegertian istilah pula, kaedah fiqh bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek dan mengandungi hukum -hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. (Muhammad al-Ruki, 1998).

Kaedah :Dari Segi Bahasa – Tapak, asas rumah dan prinsip.
Fiqh :Bahasa – Suatu kefahaman
Kaedah fiqh :  Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.

Peranan kaedah fiqh dalam bidang kejuruteraan sains,teknologi dan kejuruteraan

1. Memudahkan pemahaman terhadap hukum iaitu kaedah fiqh telah menetapkan formula teras atau asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan
2. Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
3. Membantu menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan..Peranannya adalah kaedah fiqh membantu dalam mengenalpasti isu berkaitan penyelidikan untuk diselsaikan agar mendapat rahmat dan berkat dari ilahi

Konsep asas kaedah fiqh yang bertepatan dengan bidang sains  teknologi kejuruteraan ( Penternakan )

Setiap Perkara Bergantung Pada Tujuannya
   Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan,maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.Rujukan utama kaedah ini  adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al-Khattab RA yang bermaksud :
           إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى  
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".



   Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara.Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,berpahala atau berdosa,bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadah seseorang sama ada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh,mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal,mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah SWT.

Contohnya,dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan ( Penternakan ),niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadah dan membuktikan sesuatu pekerjaan dijalankan secara bertanggungjawab dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.Ianya mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

1) Pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah badan yang berkuasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah di sesebuah tempat. Sebagai tanggungjawab mereka untuk mengkaji dan mencari solusi bagi menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Oleh sebab itu, di atas dasar maslahah dan kuasa yang diberikan, maka pihak berkuasa tempatan (PBT) dibolehkan bagi menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran, menyaman atau mendenda pemilik haiwan yang membiarkan haiwan ternakannya berkeliaran. Hal ini adalah dibenarkan oleh syarak di atas dasar maslahah kepada rakyat secara umumnya dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan satu kaedah fiqh yang masyhur.

A) Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama kerajaan negeri boleh menyediakan sebuah ladang rumput bagi ternakan yang berkeliaran. Dengan adanya ladang tersebut, pihak kerajaan negeri boleh membuka dan menyediakan banyak peluang pekerjaan terhadap golongan yang mengangur dalam menyelia dan menjaga ladang tersebut. Pihak kerajaan negeri juga boleh mengamalkan sistem pawah terhadap ternakan yang dilepaskan di ladang tersebut.
B) Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menangkap seterusnya berunding dengan pemilik haiwan untuk menyegerakan proses sembelihan terhadap binatang tersebut sekiranya pemilik tidak lagi mahu menjaga ternakan tersebut. Dalam keadaan ini juga akan membuka peluang pekerjaan dalam bidang sembelihan dan membanyakkan lagi penjualan daging segar halal di pasaran.
C) Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menangkap dan mengenakan kompoun terhadap pemilik ternakan yang berkeliaran. Notis atau pemberitahuan awal sebaiknya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tangkapan terhadap haiwan-haiwan tersebut dilakukan. Ini bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara pemilik haiwan dan penguasa.


2) Pengusaha ternakan sistem pawah atau inkubator menawarkan pakej berlainan, iaitu pengusaha bersama-sama dengan pemilik haiwan menanggung risiko kematian haiwan ternakan dengan membayar kembali nilai harga haiwan ternakan yang mati.

A) Pemeliharaan secara terus menerus. Dalam sistem ini, pengusaha akan membiakan
haiwan ternakan secara terus menerus, kemudan menjual hasil ternakan jantan dan
membeli haiwan ternakan betina sebagai ganti.
B) Pembahagian anak secara sama rata. Melalui sistem ini pemilik mula mendapat
hasil seawal anak kambing pertama dilahirkan kerana pemilikan adalah secara
bersama
C) Pembahagian segara giliran. Pembahagian segara giliran pula bermaksud
pengusaha akan mendapat anak pertama dan peserta akan mendapat anak kedua
atau sebaliknya dalam kumpulan kambing yang peserta miliki berdasarkan
persetujuan. Pengusaha tidak menjual kambing betina tapi menjual kambing jantan
sebagai pedaging selepas beberapa bulan dan menggantikannya dengan kambing
betina untuk pembiakan seterusnya.

. BIDANG FIQH SEMASA
 Tahap keperluan masyarakat Islam terhadap ijtihad-ijtihad baharu dalam setiap bidang kehidupan mereka adalah sangat kritikal. Namun realitinya masyarakat Islam zaman ini banyak bergantung kepada fiqh zaman silam yang mudah diperoleh dari karya-karya fuqaha klasik yang tercetak dan tersedia untuk ditelaah di perpustakaan mereka. Bagaimanapun ini tidak dapat menyelesaikan isu-isu semasa yang mereka hadapi. Permasalahan yang melibatkan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi kini yang melibatkan perubahan dalam gaya hidup memerlukan ijtihad baharu oleh para sarjana hukum kontemporari.




























    

6.0 MAQASID

MEMELIHARA AGAMA

Peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara nilai kesucian agama serta pelaksanaannya.Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.Contohnya, menyembelih binatang ternakan atau korban tidak mengikut syariat islam serta hukum yang dituntut dalam islam.Pensyariatan ini adalah untuk memelihara umat islam supaya tidak memakan makanan yang kotor dan tidak baik sekaligus mencerminkan kesucian agama islam.Syariat islam menetapkan sebarang penyembelihan binatang ternakan atau korban untuk tidak menyakiti binatang tersebut atau menyiksanya.Hal ini kita perlu menggunakan alat-alat yang sesuai pisau yang tajam untuk menyembelih dengan cepat dan tidak menyiksa binatang.Penciptaan alatan-alatan moden seperti mesin penyembelihan binatang sekarang untuk penyembelihan binatang adalah lebih sesuai digunakan berbanding cara manual kerana cara moden ini tidak terlalu menyiksa binatang untuk menumbangkannya atau mengikatnya untuk disembelih.Hal ini Allah akan meredhai dan memberkati setiap ibadah korban atau aqiqah yang kita lakukan.
















MEMELIHARA NYAWA

Nyawa merupakan ciptaan unik kepada makhluk hidup yang menjadi keutamaan untuk dipelihara.Pensyariatan hukum dalam islam mengambil kira keselamatan makhluk hidup dengan menggunakan cara-cara yang sesuai untuk menternak binatang.Nyawa tidak boleh sewenang-wenangnya dihilangkan kecuali atas sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.Contohnya, menyembelih untuk dijadikan daging korban atau membuat kenduri aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah dituntut sama sekali.Namun, Islam mengharuskan semua perkara yang boleh memberi kesejahteraan dan menyelamatkan nyawa, sekaligus mengharamkan semua perkara yang boleh memudaratkan dan merosakkan nyawa makhluk.Contonya, penciptaan ubat-ubatan untuk lebih menyihatkan binatang ternakan dan mengelakkan binatang ternakan dari dijangkiti penyakit.Walaupun bahan-bahan yang digunakan tidak daripada sumber yang haram tapi ia akan jatuh kepada haram jika penggunaanya memudaratkan binatang tersebut.




ETIKA ISLAM DALAM PENTERNAKAN

1. Bersifat Ihsan Kepada Binatang
Manusia perlu bersifat ihsan kepada binatang kerana ia dituntut dalam agama Islam. Ini kerana agama Islam sangat menjaga kepentingan makhluk hidup yang lain termasuk tumbuhan, binatang dan bukan hanya manusia. Selain itu, manusia tidak boleh sewenang-wenangnya memberi apa-apa ubat atau suntikan kepada binatang ternakan untuk kepentingan sendiri kerana kemungkinan besar ia akan memberi kesan sampingan kepada binatang ternakan tersebut. Seterusnya, kesan sampingan tersebut mungkin boleh menyiksa binatang tersebut atau mungkin sahaja sampai tahap membunuh, contoh ubatan atau suntikan yang diberikan adalah tidak bersuaian ini kerana manusia ingin binatang ternakan mereka cepat membesar atau untuk proses pembakaan.

2. Kepatuhan kepada etika
Manusia perlulah patuh pada etika untuk menjaga kepentingan atau hak terhadap binatang. Ini kerana agama islam telah meletakkan atau menggariskan etika dalam penjagaan binatang ternakan. Jadi semua pihak harus memandang serius perkara tersebut serta mengikuti segala etika yang ditetapkan oleh Islam. Seterusnya, semua pihak mestilah mengelak dari melanggar etika yang ditetapkan oleh Islam untuk mendapatkan keberkatan dari Allah.



5.0 PRINSIP

PRINSIP SYARIAH

Prinsip Penternakan Dan Perkapalan

1)RABBANIYAH (KETUHAHAN)

-Syariat Islam dicipta dan disusun oleh Allah SWT
-Segala kandungannya yang meliputi pelbagai aspek adalah selari dan sesuai dengan keperluan manusia
-Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamanya boleh deterokai dengan mematuhi peraturan seperti contoh manusia bebas menternak haiwan ternakan untuk tujuan perniagaan dan penternakan dengan mengikuti syariat.
-Seleruh ciptaan alam adalah milik Allah maka kita sebagai Khalifah tertakluk kepada peraturan alam miliknya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi  keagungannya.
-Teknologi yang berteraskan ketuhanan,mengarahkan penggunanya digunakan dan digunakan pada jakan yang benar serta tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil dalil Al Quran juga hadis.contohnya kisah Nabi Musa AS yang menyampaikan dakwah kepada kaumnya selama 950tahun tetapi ditolak oleh umatnya oleh itu Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menghadapi banjir besar.
-Teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada allah.sebagai contoh penciptaan kapal yang bertujuan sebagai pengangkutan air untuk melihat kebesaran Allah
-Para saintis,jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamat kemakmuran serwajagat.

2)MUTLAK & MURUNAH

-Tetap dan anjal menurut syariat boleh dilihat dalam aspek hukum hukum yang tetap utuk semua zaman dan umat
-Kemutlakkan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.


3)WASATIYAH ( KESEDERHANAAN)

-Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan contohnya projek pembangunan perlu mengambil kira keadaan ekosistem agar tidak memudaratkan alam dan manusia. Seperti dalam bidang penternakan kita perlu mengambil berat tentang ilmu penternakan agar kita dapat memastikan segalanya dalam keadaan yang tidak membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia sebagai contoh dalam pengurusan bahan buangan binatang ternakan ataupun najis binatang ternakan dan sisa makanan binatang ternakan perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjaga persekitaran dan tidak menggangu orang sekeliling



Monday, 2 March 2020

4.0 ISU DAN SOLUSI PENYELESAIAN TEKNOLOGI


PENTERNAKAN

Banyak kesan-kesan yang dihasilkan oleh aktiviti penternakan dalam isu ini.Antaranya,sumber makanan akan menjadi kuantiti yang banyak dan cukup untuk manusia meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.Ibadah-ibadah ini juga dapat dilakukan dengan mudah kerana adanya sumber ternakan tersebut.Antara contohnya ialah ibadah korban dan penyembelihan.Tambahan pula,isu penternakan juga dapat menyumbang kepada isu dalam sumber ubatan.Contoh isu perubatan ialah penghasilan madu lebah yang boleh dijadikan penawar untuk setiap penyakit yang dihadapi oleh pesakit.Selain itu,kegiatan penternakan juga dapat membantu dalam meningkatkan peluang pekerjaan yang boleh diambil oleh masyarakat serta boleh dijadikan sebagai satu karier bagi menampung kehidupan seseorang individu.

Selain itu, dari segi ekonomi pula kegiatan ternakan ini juga dapat memajukkan serta meningkatkan sumber ekonomi dalam sesebuah negara.contoh yang boleh dilihat ada dengan berlakunya kegiatan eksport haiwan ternakan kepada negara lain import haiwan ternakan dari seluruh dunia.Hal ini juga dapat mengukuhkan lagi ikatan dalam hubungan antara negara-negara yang menjalankan aktiviti ini.Isu yang yang berkaitan dengan penternakkan ini juga akan menyebabkan kadar perlancongan meningkat kerana orang luar sering datang untuk melihat dan menonton aktiviti penternakan itu sendiri. Hal ini dapat menyumbangkan dan meningkatkan sumber ekonomi negara.








Sunday, 1 March 2020

3.0 : TEKNOLOGI / INDUSTRI

BINATANG TERNAKAN     




Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan . antaranya permintaan dan mempunyai pasaran yang tinggi.Hasil ternakan menjadi permintaan yang tinggi di seluruh dunia kerana banyak sumber makanan iaitu daging dijadikan sebagai makanan yang umum contohnya , steak daging , daging burger.selain itu , hasil ternakan ini juga dikenakan ini juga dikenakan harga yang tinggi apabila terlibat dalam jual beli.hal ini telah mendorong untuk menternak haiwan ternakan agar dapat mengaut keuntungan daripadanya.

Di samping itu,kegiatan penternakan juga di pengaruhi oleh bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat tersebut.tempat yang strategik mendorong untuk menjalankan kegiatan penternakan kerana sesusai untuk habitat haiwan ternakan tersebut untuk hidup dan boleh membesar serta dapat mengaut hasil daripadanya.contohnya,lembu tenusu yang berasal dari new zealand yang beriklim sejuk dapat menghasilkan susu yang banyak kerana sesuai dengan habitatnya.

Seterusnyaa , perkembangan teknologi dan penyelidikan yang moden dijalankan para sainstis merupakan faktor berlakunya kegiatan penternakan.pencampuran baka untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan bnyak serta sihat oleh para saintis dijalankan oleh penternak untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak.alat-alat yang memproses bahan ternakan juga banyak diperkenalkan supaya senang memproses bahan memtah dan menghasilkan hasil yang banyak dan senang untuk dijual di pasaran.kemudahan asas dan insrastruktur yang maju zaman sekarang dimana banyak pembinaan kilang-kilang yang memproses bahan mentah dari hasil ternakan dapat menarik minat pelabur-pelabur dan para penternak untuk melakukan kegiatan penternakan.


Friday, 28 February 2020

2.0 : Dalil AlQuran


CONTOH DALIL ALQURAN :


وَلَكُم فيها مَنٰفِعُ وَلِتَبلُغوا عَلَيها حاجَةً في صُدورِكُم وَعَلَيها وَعَلَى الفُلكِ تُحمَلون

Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternakan itu dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada di dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu dan di atas binatang itu ternak serta di atas kapal-kapal maku dingkut.
( Surah Al-Ghafir ayat 80 )




HURAIAN DALIL :




Seperti boleh diambil bulunya dibuat baju,kulit untuk menjadikan ianya kasut , susu untuk diminum sebagai penghilang dahaga , sebagai ubat dan macam-macam lagi kegunanaaya.

Dengan binatang ternak itu,boleh menyelesaikan hajat dan keperluan kita.seperti pergi mengembara . Bukan sahaja dalam keperluan hidup kita yabg biasa,tapi jangan dilupa ianya juga untuk mencapai hajat kita dalam agama. Ia kerana dengan kenderaan itulah yang dapat memperjalankan kita ke tempat-tempat lain seperti contoh untuk berdakwah tentang agama islam. Selain itu juga ia juga diguna pakai dalam berjihad dan membantu orang lain.

Manusia diangkut untuk mempermudahkan perjalanan di atas binatang ternakan itu, dan kemudian allah menyebut pula tentang kenderaan laut. Kenderaan lut ada cara pengangkutan yang sampai sekarang diguna pakai dengan banyak sekali.kerana walaupun kita sudah ada kapal terbang untuk perjalanan antara negara ke satu negara tapi kapal laut masih diguna pakai dengan cara yang lagi murah dan selamat.


Terdapat beberapa contoh ayat yang menyentuh tentang kebolehan kapal terapung dan berlayar :

" sesunguhnya pada kejadian langit dan bumi pada pertukaran siang dan malam dan pada kapal-kapal yang berlayar di lautan dengan membawa benda-benda bermanfaat kepada manusia " ( surah albaqarah 2:164 ) "


" ..... dia yang memberi kemudahan kepada kaum menggunakan kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintahNya..... ( surah ibrahim 14:32 ) "





Friday, 7 February 2020

1.0 PENGENALAN



MPU 23052 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PERUSAHAAN BINATANG TERNAKAN 

NAMA PENSYARAH : PUAN WAN NORINA BINTI WAN HAMAT

- MUHAMMAD DANIEL FIKRI BIN HASSAN SHAZILI ( 01DPU19F1014 )
- MOHAMMAD ADIB HAIKAL BIN SHAMSUL AZRIN ( 01DPU19F1019 )
- ABDULLAH SANI BIN MOHAMMAD SUHAIMI ( 01DPU19F1029 )
- FAKHRULLAH ILHAM SHAH BIN ROSLAN ( 01DPU19F1031 )
- MUHAMMAD SAMSUL AIMAN BIN ABDUL AZIZ ( 01DPU19F1038 )
- MUHAMMAD AIMAN ISKANDAR BIN ZULKARNAIN ( 01DPU19F1042 )

Kelas DPU2A
JABATAN : JABATAN KEJUTERAAN MEKANIKAL



Pengenalan :

       Penternakan ialah satu kegiatan pertanian membiak haiwan-haiwan ternakan.ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila Anjing , Kambing dan Biri-Biri berjaya dijinakkan.Pada zaman dahulu , oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu tempat , kegunaan haiwan ternakkan diperluaskan kepada kulit dan bulunya berbanding zaman sebelumnya yang hanya tumpu kepada daging sahaja untuk dimakan.Setelah itu,manusia mula menternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam.Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehinga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza.

     Penternak juga telah menjadi perkerjaan yang utama dalam negara kita terutama di kawasan pendalaman.hal ini kerana , penternakan dapat menyumbang keuntungan yang besar terutama menjana ekonomi negara.selain itu , sifat penduduk pendalaman yang rajin berusaha merupakan faktor utama bagi perkembangan industri penternakan.hal ini kerana , menternak bukan sesuatu yang mudah untuk dijalankan malah ianya memerlukan usaha yang tinggi bagi memperoleh hasil yang betul-betul mantap dan baik.

    Oleh itu , amatlah rugi bagi sesuatu kum itu jika tidak mengambil peluang dalam menjayakan industri penternakan ini kerana di dalam alquran telah pun tercatat bahawa pentingnya haiwan ternakan kepada kita.Jadi kita yang mengaku beriman kepada Al-Quran amatlah wajar mengambil iktibar dan pengajaran daripada intipati ayat Al-Quran untuk kejayaan di Dunia mahupun di Akhirat.