Friday, 28 February 2020

2.0 : Dalil AlQuran


CONTOH DALIL ALQURAN :


وَلَكُم فيها مَنٰفِعُ وَلِتَبلُغوا عَلَيها حاجَةً في صُدورِكُم وَعَلَيها وَعَلَى الفُلكِ تُحمَلون

Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternakan itu dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada di dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu dan di atas binatang itu ternak serta di atas kapal-kapal maku dingkut.
( Surah Al-Ghafir ayat 80 )




HURAIAN DALIL :




Seperti boleh diambil bulunya dibuat baju,kulit untuk menjadikan ianya kasut , susu untuk diminum sebagai penghilang dahaga , sebagai ubat dan macam-macam lagi kegunanaaya.

Dengan binatang ternak itu,boleh menyelesaikan hajat dan keperluan kita.seperti pergi mengembara . Bukan sahaja dalam keperluan hidup kita yabg biasa,tapi jangan dilupa ianya juga untuk mencapai hajat kita dalam agama. Ia kerana dengan kenderaan itulah yang dapat memperjalankan kita ke tempat-tempat lain seperti contoh untuk berdakwah tentang agama islam. Selain itu juga ia juga diguna pakai dalam berjihad dan membantu orang lain.

Manusia diangkut untuk mempermudahkan perjalanan di atas binatang ternakan itu, dan kemudian allah menyebut pula tentang kenderaan laut. Kenderaan lut ada cara pengangkutan yang sampai sekarang diguna pakai dengan banyak sekali.kerana walaupun kita sudah ada kapal terbang untuk perjalanan antara negara ke satu negara tapi kapal laut masih diguna pakai dengan cara yang lagi murah dan selamat.


Terdapat beberapa contoh ayat yang menyentuh tentang kebolehan kapal terapung dan berlayar :

" sesunguhnya pada kejadian langit dan bumi pada pertukaran siang dan malam dan pada kapal-kapal yang berlayar di lautan dengan membawa benda-benda bermanfaat kepada manusia " ( surah albaqarah 2:164 ) "


" ..... dia yang memberi kemudahan kepada kaum menggunakan kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintahNya..... ( surah ibrahim 14:32 ) "





Friday, 7 February 2020

1.0 PENGENALAN



MPU 23052 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PERUSAHAAN BINATANG TERNAKAN 

NAMA PENSYARAH : PUAN WAN NORINA BINTI WAN HAMAT

- MUHAMMAD DANIEL FIKRI BIN HASSAN SHAZILI ( 01DPU19F1014 )
- MOHAMMAD ADIB HAIKAL BIN SHAMSUL AZRIN ( 01DPU19F1019 )
- ABDULLAH SANI BIN MOHAMMAD SUHAIMI ( 01DPU19F1029 )
- FAKHRULLAH ILHAM SHAH BIN ROSLAN ( 01DPU19F1031 )
- MUHAMMAD SAMSUL AIMAN BIN ABDUL AZIZ ( 01DPU19F1038 )
- MUHAMMAD AIMAN ISKANDAR BIN ZULKARNAIN ( 01DPU19F1042 )

Kelas DPU2A
JABATAN : JABATAN KEJUTERAAN MEKANIKAL



Pengenalan :

       Penternakan ialah satu kegiatan pertanian membiak haiwan-haiwan ternakan.ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila Anjing , Kambing dan Biri-Biri berjaya dijinakkan.Pada zaman dahulu , oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu tempat , kegunaan haiwan ternakkan diperluaskan kepada kulit dan bulunya berbanding zaman sebelumnya yang hanya tumpu kepada daging sahaja untuk dimakan.Setelah itu,manusia mula menternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam.Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehinga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza.

     Penternak juga telah menjadi perkerjaan yang utama dalam negara kita terutama di kawasan pendalaman.hal ini kerana , penternakan dapat menyumbang keuntungan yang besar terutama menjana ekonomi negara.selain itu , sifat penduduk pendalaman yang rajin berusaha merupakan faktor utama bagi perkembangan industri penternakan.hal ini kerana , menternak bukan sesuatu yang mudah untuk dijalankan malah ianya memerlukan usaha yang tinggi bagi memperoleh hasil yang betul-betul mantap dan baik.

    Oleh itu , amatlah rugi bagi sesuatu kum itu jika tidak mengambil peluang dalam menjayakan industri penternakan ini kerana di dalam alquran telah pun tercatat bahawa pentingnya haiwan ternakan kepada kita.Jadi kita yang mengaku beriman kepada Al-Quran amatlah wajar mengambil iktibar dan pengajaran daripada intipati ayat Al-Quran untuk kejayaan di Dunia mahupun di Akhirat.